BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kawan2.. ;)

Tuesday, August 17, 2010

genggaman hati..

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah berserta ketulusan hubungan dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, berserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya berserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh kepada Allah.”

(Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.)


"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya"
(Al-Fajr: 27-28)

***
~ kata2 penguat hati, moga tenang kembali dalam kedamaian :) ~
***

0 Comments: