BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kawan2.. ;)

Monday, August 30, 2010

guide my way..~


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

~mohon petunjuk moga tak tersalah membuat keputusan.. Aminn~



Friday, August 27, 2010

Diam Itu Hikmah :)

Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”

[Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.

Monday, August 23, 2010

.......................


Harap akal tidak salah mentafsir.
Mata tidak salah melihat.
Mulut tidak lebih berkata-kata.
Hati tidak salah menduga.
Jika salah. Maka mungkin buruk padahnya.
Mungkin lebih baik, abaikan sahaja...

Tuesday, August 17, 2010

genggaman hati..

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah berserta ketulusan hubungan dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, berserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya berserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh kepada Allah.”

(Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.)


"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya"
(Al-Fajr: 27-28)

***
~ kata2 penguat hati, moga tenang kembali dalam kedamaian :) ~
***

Sunday, August 15, 2010

1 2 3 4 5...


beautiful.pretty.sweet
~five~

..thank you..
:)

Friday, August 13, 2010

hari ke-3

dan bila esok kita kan bertemu kembali...

mungkinkah esok kita kan bertemu kembali...
:)

asal bulan puasa je homesick menjadi-jadi~
ramai pulak yg balik weekend ni. seronoknye mereka..
hee. padahal baru je balik last weekend.
dan xmustahil mungkin diri ini akan menghilang tiba2 dr utp :P
probably not i guess :)

aishh..bile la nk jd matang ni. da 2nd year pon.. ^__^

***
Ramadhan is a month of Allah.
Whose beginning is MERCY.
Whose middle is FORGIVENESS.
Whose end is FREEDOM FROM FIRE.
:)

Its now 3rd of Ramadhan. Byk mane dah dapat? Still byk lg yg bole dikejar. InsyaAllah. Bkn kuantiti yg dicari tp istiqamah yg penting. Hurm.. :)

Thursday, August 5, 2010

senyum senyum

but dont forget to smile.. :)


so much of thinking..
so much of understanding..
seeing too much might not be so good..
knowing too much might not be necessary..
feeling tired.. uneasy.. insecure..
but why now..
maybe going back to solitude can help..
and may the serenity comes back..

... blurr ..

an old friend once said :
Tetapkan sabar dan istighfar..
Sesungguhnya rezeki Allah di mana2..
Dan rahmat serta kasih sayang Allah melangit tingginya..
^__^

-how i miss those time :)-