BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kawan2.. ;)

Wednesday, August 15, 2012

fikir selagi boleh fikir..

Salam Ramadhan yang kian tiba ke penghujungya.. :')

Fikir.. Fikir.. Fikir.. Tapi tak buat2 tak guna jugak. Betol?

Bila kita rasa kita kenal seseorang tu tapi rupenye kita makin tak kenal dia.. Siapa dia agak nye? Kecewa.. dan tertanya-tanya. Tapi mana mungkin kita akan kenal dia sepenuhnye. Sedangkan diri sendiri pon kita yakin ke kita dah kenal..? Kenal rata-rata? Kembalikan kepada Pencipta. Semoga tak tersalah menilai..

Fikir lagi...

Setiap hari rasa nak berubah rasa nk menjadi lebih baik. Tapi mane lagi banyak. Rasa ke buat? Dok rasa banyak2 buat nye sikit je. Nanti tak sempat buat tak sempat mintak ampun macam mana. Takut.. Tahu takut. Tapi lalai jugak. Jangan sampai hilang semua yang ada hari ini. Baru nk sedar. *Istighfar banyak*

Lagi2 fikir...

Walau diri banyak sgt buat silap, banyak sgt kelemahan, baaaanyak sgt yg tak betol lagi. Tapi syukur banyak  Dia masih beri peluang. Peluang untuk berada di satu ruang yang sgt bernilai.. dan nikmat2 yang tak terhingga. Syukur masih dipelihara. Masih ada org2 disekeliling yang menyokong. Saat hati makin rapuh makin jatuh makin penat. Kekuatan tu ada je dtg dari arah yg tak disangka-sangka. Syukur Alhamdu Lillah :')

p/s: kalau boleh tak mau simpan lama2.. makin lama makin banyak dugaan. hati risau. kalau tak sempat sempurnakan semua ni..

...ade yang terbuka dan tertutup..maka lebih baik diam jangan bertanya ape erti tulisan ini :)

Monday, August 6, 2012

Rahsia..

rahsia dua hati
biar dua hati saja yg tahu
kerana dua hati mahu jadi satu
tak perlu hati-hati lain
kerana hati ini hanya mahu hati yg satu itu
jalan dilalu bukan sekadar senyum
kadang duka kadang penuh air mata
kadang terduduk diduga
tetap bangun bersama
tapi itu semua
tetap rahsia dua hati
jangan ditanya jangan diusik
kerana itu rahsia dua hati
itu cerita dua hati
kata-kata ku dikunci
dalam kotak hati
untuk dua hati

^__^