BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kawan2.. ;)

Friday, March 15, 2013

Ganjil


Satu dua tiga
Masih ingatkah lagi waktu bersama
Berpegangan tangan di depan kotaraya

Saat itu kau belum lagi
Menyatakan padaku tentang isi hati
Ceritakanlah apa yang sebenar

Engkau bersahaja bila ku bersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Empat lima enam dan tujuh
Masa berlalu laju seperti angin
Kau dan aku masih lagi di sini

Lembut kata dari mulutmu
Membuatkan aku rasa keliru
Menanti jawapan menanti soalan kamu

Aku rasa adalah baiknya
Jika engkau fikirkan dahulu
Bersama denganku
Pasti akan ku terangi
Dirimu dengan cahaya bulan
Dan akan ku gumpal awan
Jadikan hadiah untuk kekasih hatiku

:)

Tuesday, November 13, 2012

dark side

There's this place that I can show you
It's not beautiful there and few have ever seen
If I take you there now
Will you run away and disappear?
Or will you stop and stare.. and stay perhaps?
Even if it hurts for you to see
Even if I try to push you out
Will you return?
And remind me of who i really am when i'm with you
Please remind me who I really am
who i was..
and who i should be
.......

will u love me... even with my dark side?



Wednesday, September 12, 2012

whats next..

...i just hope to be strong. whatever may come next..

luaran nampak tenang, hati gundah siapa yang tahu?

...Dia tahu..hanya Dia yg tahu.

Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung..

some stories are better left unsaid..

kadang2 yg pahit itu juga nikmat..senyum dan teruskan tanpa putus asa.. :)

^__^

Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya..

InsyaAllah, everything will be fine in the end. If it's not fine, then it is not the end yet. So, keep on fighting! ^^

Wednesday, August 15, 2012

fikir selagi boleh fikir..

Salam Ramadhan yang kian tiba ke penghujungya.. :')

Fikir.. Fikir.. Fikir.. Tapi tak buat2 tak guna jugak. Betol?

Bila kita rasa kita kenal seseorang tu tapi rupenye kita makin tak kenal dia.. Siapa dia agak nye? Kecewa.. dan tertanya-tanya. Tapi mana mungkin kita akan kenal dia sepenuhnye. Sedangkan diri sendiri pon kita yakin ke kita dah kenal..? Kenal rata-rata? Kembalikan kepada Pencipta. Semoga tak tersalah menilai..

Fikir lagi...

Setiap hari rasa nak berubah rasa nk menjadi lebih baik. Tapi mane lagi banyak. Rasa ke buat? Dok rasa banyak2 buat nye sikit je. Nanti tak sempat buat tak sempat mintak ampun macam mana. Takut.. Tahu takut. Tapi lalai jugak. Jangan sampai hilang semua yang ada hari ini. Baru nk sedar. *Istighfar banyak*

Lagi2 fikir...

Walau diri banyak sgt buat silap, banyak sgt kelemahan, baaaanyak sgt yg tak betol lagi. Tapi syukur banyak  Dia masih beri peluang. Peluang untuk berada di satu ruang yang sgt bernilai.. dan nikmat2 yang tak terhingga. Syukur masih dipelihara. Masih ada org2 disekeliling yang menyokong. Saat hati makin rapuh makin jatuh makin penat. Kekuatan tu ada je dtg dari arah yg tak disangka-sangka. Syukur Alhamdu Lillah :')

p/s: kalau boleh tak mau simpan lama2.. makin lama makin banyak dugaan. hati risau. kalau tak sempat sempurnakan semua ni..

...ade yang terbuka dan tertutup..maka lebih baik diam jangan bertanya ape erti tulisan ini :)

Monday, August 6, 2012

Rahsia..

rahsia dua hati
biar dua hati saja yg tahu
kerana dua hati mahu jadi satu
tak perlu hati-hati lain
kerana hati ini hanya mahu hati yg satu itu
jalan dilalu bukan sekadar senyum
kadang duka kadang penuh air mata
kadang terduduk diduga
tetap bangun bersama
tapi itu semua
tetap rahsia dua hati
jangan ditanya jangan diusik
kerana itu rahsia dua hati
itu cerita dua hati
kata-kata ku dikunci
dalam kotak hati
untuk dua hati

^__^



Sunday, April 29, 2012

Another Birthday Wish ^^


Happy birthday my best friend,
Amazing times, we always spend.
Laughter and jokes are common place,
Since we built that solid base.

Special friend that I hold dear,
Always wish to have you near.
We get along, like bread with honey,
A friendship worth, much more than money.

If you stumble, count me there,
Gratitude; no need to declare.
Your thoughts are clear, in my mind,
Understanding we always find.

Happy birthday my best friend,
I’m excited to attend.
This birthday poem, is just for you,
A great big smile is overdue :)

~Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-22 Nur Syakirah Kamaruzaman~
~Semoga diberkati umur Nur Syakirah Kamaruzaman yang lepas dan mendatang~
~Semoga yang baik terus kekal, yang kurang baik bertambah baik~
~Jangan lupe, "Cari yang baru".. haha~


Keep that smile! ^__^

Thursday, February 23, 2012

dua puluh tiga :)


Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu..
Teman Terbaikku :)

Selamat Selamat Selamat..
Ulang Tahun Kelahiran ke-23 ^^


Sunday, January 22, 2012

Rumah Ini Rumah Kita

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.



P/S: rumah ini rumah kita, tanah ini tanah siapa?

Pesan Almarhum Ustaz Hj Hanafi:
"Kita jangan leka dalam perjuangan, kalau kita gagal, anak kita akan teruskannya, kalau anak kita gagal cucu kita akan teruskannya."

*******

"HENDAKLAH SEKALIAN KAMU MEMBUAT PERSEDIAAN SEKUASA-KUASA BAGI KAMU DALAM SEGALA KEKUATAN BAGI MENENTANG MUSUH-MUSUH ALLAH DAN JUGA MUSUH-MUSUH KAMU." (surah al-anfal:60 Al-Quran) 

Tuesday, December 27, 2011

distance..

even over the distance..
u are the one who lights up my darkest night..
even over the distance..
u r among the closest being to me..
even over the distance..
you make me feel loved for every single second that goes by..
thank you :)

Friday, November 18, 2011

Just a thought?

Awak mungkin tidak sedar apa yang dirasakan selama ini bukanlah sekadar ucapan semata-mata. Ia lahir dari atma paling dalam sebagai tanda awak paling istimewa.

(Shafaza-Zara, 2011)

:)

Selamat Malam..
Moga salam ku ini sampai kepada mu..

Saturday, November 5, 2011

Sketsa Kehidupan


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

^__^

Sunday, October 30, 2011

bulan, bintang.. dan matahari :D

bila teman itu namanya teman
yang jauh jadi dekat
yang sunyi jadi riuh
yang gundah jadi ceria
sesuci kasih bertaut hati
yang asing jadi kenal
kenal untuk dikenal
sakit sini sakit sana
riang sini riang lah sana
karena teman tetap di sisi
menemani hari-hari berduri
hari-hari matahari
mungkin ke bulan 
mungkin ke bintang
hanya kita yang tahu
kisah antara...
aku dan kamu :)

p/s: selamat pagi cinta! ^^

Saturday, October 29, 2011

tiada kata secantik bahasa..

tiada kata secantik bahasa
walau segunung kisah ingin dicerita
namun pada siapa
siapa yg sudi siapa yg mahu siapa yg mengerti
karena dlm kisah ada kisah
dlm mimpi ada mimpi
dalam kata tersirat bahasa
apa yang tersurat sekadar mengaburi pandangan mata
walau dicerita nmungkinkah difahami
maksud sebenar bahasa di sebalik kata
mungkinkah kan tercapai akal mu
penerimaan..penilaian..pemahaman..
begitu..
aku terdiam..
diam bukan bermakna kecewa
cuma diam kerana hati tersenyum
mungkin kisah hati ini bukan untuk difahami
bukan untuk dikongsi
bukan untuk dijustifikasi
lebih baik diam menyendiri
karena dalam sendiri itu tidak pernah sendiri
dalam sendiri hadir Dia menemani
menyedarkan hakikat kelemahan diri
kelalaian hati meletakkan kebergantungan pada yang lain
karena hanya Dia yang mengerti
tidak perlu kata-kata
karena tiada kata secantik bahasa
tiada bahasa secantik kalam-Nya
di situ ku temui ketenangan
membuat lapang membuat senang
maka hati ini bercantum kembali
yang tengkujuh kembali cerah
Alhamdu Lillah syukur nikmat :)

Friday, September 23, 2011

keep hittin repeat


It's been said and done
Every beautiful thought's been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best of them
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A centerfold miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby

I, I love you like a love song, baby

And I keep hittin re-peat-peat-peat-peat-peat-peat...~

p/s : been hittin repeat for quite some time now and never got tired of it. not now not ever. tapi kena lebih tabahkan diri after this. well hopefully. huhu. hehe.. ^^

Wednesday, September 7, 2011

Restu :)

Salaam semua :)

Esok akan start my 1st final exam paper for this sem. Sem 3rd year 2nd sem. As always, akan bgtau umi ngan ayah. Mintak restu, mintak doa. A way of finding.. ketenangan for me. So that xgelabah, xcuak2. Sbb kalo cuak, mesti xleh jwb exam. Huk, dari sekola cm2 :P But anyway.. at then end, said gudnite to my mum coz she said she's going to sleep. And suddenly tergerak hati nk cakap.. I love you to her. Huhu. Lepas send msg.. tetibe.. air mata bercucuran. Huwaaa T__T Xtau nape nanges, pelik btol. Rase mcm.. ntah. Sayu tetibe. Kenape ea.. :(

Rase mcm.. nk pegi jauh? Uish,hmm.. xnak la fikir bukan2. InsyaAllah xde pape. Mayb effect dengar 'berita' td kot. Huhu. Maybe not.

Anywayyy.. focus2~ Betolkan niat belaja, betolkan niat study. Ape2 Dia nk bagi, terima je. Usaha la mane mampu, jgn x usaha langsung suda. Restu Guru da dpt.. Umi ngan Ayah pon da.. Xperlu bimbang da InsyaAllah selamat semuanya..

All the best utk semua yg akan ad paper esok.. dan seterusnya. Mulakan dgn baik, semoga selamat sampai ke akhirnya. Dan mendapat natijah yg terbaik buat diri masing2. Mungkin bukan keputusan yg tinggi itu terbaik, who knows. Mungkin GPA tinggi itu terbaik, who knows? Only Allah knows. Terima je, coz He knows better.. :)

p/s : still igt smpai skang pesan sorg kwn ni dlu.. jgn mintak nak sume A.. Tp mintakla kalo dpt sume A tu terbaek maka berikanlah sume A. Kalo bukan tu yg terbaek, maka jauhkanlah. Redha~ :)

Monday, September 5, 2011

unpleasant sleep

cukup2 lah mimpi bnde2 pelik..
penat..konfius bile bgn pagi2..blurr~
nanti kang tertukar mimpi dgn realiti.. T__T

i dont want what there is in my dream. i want what there is in my reality. maybe not what.. but who. and i'm thankful for my reality is by far.. still a reality :)


:: Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya namun ku tetap berjanji akan masih mencuba ::

Thursday, August 18, 2011

the rest is still unwritten :)

written in the stars
a million miles away
a message to the main..
seasons come and go
but i will never change
and i'm on my way..~

~Julai 2011~

~Jun 2010~

~Februari 2010~

Alhamdu Lillah..
^__^

Pokok.. kenapa pokok?



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

(listening to this song for the first time, I despise it. But after looking at the lyrics, it makes me ponder.. and smile)

Tuesday, August 16, 2011

Kelakar tapi comel..sort of~


Question : 
"Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu...Tapi tak tau rindu pada siapa!"

Answer from Ustaz Azhar Idrus : 
"PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR!"

***

mule2 bce soalan da mcm ase annoying.. hati perempuan xde la selalu ase cm2. yeye je kan yg btanye tu. hee :)
da bace jwpn ase nk gelak pulak. amboi ustaz.. hehe :P
hati perempuan mmg halus, ye setuju.. lelaki sejati jadi penawar? perghh~ i bet ustaz gurau2 je tuh kan kan? :P
nway ustaz azhar idrus mmg best kalo dgr ceramah dia but kne pandai2 extract isi nye la ^^

p/s : tapi kalau lelaki itu adalah Rasulullah saw.. mmg penawar segalanya lah. selawat dan salam ke atas Baginda.. :)

Saturday, August 13, 2011

.

jgn terpedaya dgn keindahan luaran..

nanti sendiri yg menanggung pedih.

sudah..
xmahu pedulik. sudah..

dingin.kosong.hilang.

semua.hilang..

bila diluah.. pedih. simpan. laaagi pedih. huwaa~ :P

*mengalir dalam jiwa. tidak kelihatan di pandangan mata.wink2 ;)