BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kawan2.. ;)

Friday, March 15, 2013

Ganjil


Satu dua tiga
Masih ingatkah lagi waktu bersama
Berpegangan tangan di depan kotaraya

Saat itu kau belum lagi
Menyatakan padaku tentang isi hati
Ceritakanlah apa yang sebenar

Engkau bersahaja bila ku bersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Empat lima enam dan tujuh
Masa berlalu laju seperti angin
Kau dan aku masih lagi di sini

Lembut kata dari mulutmu
Membuatkan aku rasa keliru
Menanti jawapan menanti soalan kamu

Aku rasa adalah baiknya
Jika engkau fikirkan dahulu
Bersama denganku
Pasti akan ku terangi
Dirimu dengan cahaya bulan
Dan akan ku gumpal awan
Jadikan hadiah untuk kekasih hatiku

:)