BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kawan2.. ;)

Friday, September 11, 2009

::Lailatul Qadr::

LAILATUL QADAR

Dua malam yang istimewa dalam Islam ialah malam Lailatul Qadar dan malam Nisfu Syaaban. Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam di dalam setahun. Diikuti malam Nisfu Syabaan. Malam Lailatul Qadr ialah malam penetapan kadar iaitu takdir seperti kadar rezeki manakala malam Nisfu Syaaban ialah malam diserahkan buku catatn amalan yang mengandungi perkara yang ditakdirkan itu. Malam Lailatul Qadar juga ialah malam diturunkan Al-Quran secara sekaligus dari Lauh Mahfuz ke langit bumi, Baitul Izzah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya.

Firman Allah : “(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)” (Ad-Dukhan : 4)

Firman Allah : “Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).” (Al-Qadar : 4)

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar:


Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?


Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Baginda menjawab,
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni."
Maksudnya;
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah
(3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.

Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut
ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan
dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda
spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin
Hanbal “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama,
tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan
suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam
Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan
tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27
Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud
tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan
suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali
antara 24 hingga 29 darjah celsius.
Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu
Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

Firman Allah :
" [1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran
Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! " (Surah Al-Qadr : 1-5)

~copy paste dr emel yg diforwardkn seorg shbt~
~jom kita mencari.. semoga bertemu apa yg dicari insyaAllah~

3 Comments:

syafiq said...

nice post..marilah sama2 kit meningkatkan amalan pada bulan yang penuh barakah ini terutamanya pada sepulum malam terakhir..all the best..

anak melayu said...

wahai adikku,

ikhlaskan hatimu...
ikhlaskan amalmu...
ikhlaskan niatmu...

Ramadhan itu satu permulaan...

ChE AtEn♥♥ said...

to syafiq n abg kord : insyaAllah.. terima kasih :)
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kpd niat."