BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kawan2.. ;)

Monday, August 10, 2009

Keselamatan drpd Kejahatan Manusia, Binatang & Bala Bencana

"Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkan-Nya, ke atas-Nya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendaki-Nya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepada-Nya yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izin-Nya, aku memohon perlindungan-Nya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasa-Nya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus."

(Terjemahan Riwayat al-Baihaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah no. 3046, al-Matalib al-Aliyyah no. 3490, Ithaf al-Khiarat no. 6087, Bughyat al-Bahith no. 1052)

p/s : mencegah lebih baik drpd mengubati.. if u know what i mean :)

1 Comments:

zahin razak said...

Amin Ya Rabbala'lamin...
sesungguhnya kami ini tiada daya tanpa perlindungan dan bantuan dari Mu Ya Allah.